Pengikut

Rabu, 14 November 2012

GADISKU

GADISKU,
aku suka sekiranya kau seperti mawar 
aspirasi setiap mujahadah,
bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu,
yang bertungjangkan keimanan,
takwa kepada allah,
hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk,
ingatlh ciri-ciri seorang wanita solehah,
wanita solehah yang taat dan patuh kepada AL-KHALID,
dalam melayari liku-liku kehidupannya,
yang penting gadisku engkau memiliki azam,
usaha dan istiqamah

GADISKU,
setiap langah dan tindakkanmu,
hendaklah berpaksikan AL-QURAN dan AL-SUNNAH,
jangan biarkan sesiapa mengeksploitasi
dirimu untuk kepentingan tertentu,
sesungguhnya ALLAH Taala telah
mengangkat martabatmu setaraf kaum adam,
kau harapan ummah untuk melahirkan
para mujahid dan mujahidah,
yang bakal mengongcang dunia dengan
sentuhan lembut tanganmu

GADISKU,
dalam hidupmu kau ingin menyayangi
dan disayangi,
itulah fitrah semulajadi,
sebelum engkau mendekati
cinta..cintailah dirimu dahulu,
cintailah dirimu yang unik itu dengan mengkaji,
hakikat kejadianmu yang begitu simbolik,
kerana..seindah hiasan adalah wanita solehah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan